21.Apr.2009 bab 10: saya ada perdana menteri yang baru

semalam kertas peperiksaan pertama. institusi-institusi islam. ada 4 lagi subjek yang perlu dihabiskan untuk melayakkan aku bercuti. ia satu-satunya subjek yang tidak melibatkan sebarang pengiraan seperti 4 subjek yang akan datang.

sebelum aku memulakan isi utama, aku ingin memaklumkan kepada kau. aku bangga ada perdana menteri seperti najib tun razak. aku lihat gaya percakapannya. tidak ramai pemimpin di malaysia yang memiliki gaya percakapan seperti beliau. aku amat kagum. pada mulanya, beliau kurang fasih berbicara dalam bahasa sendiri. mungkin boleh juga dikaitkan gaya percakapan aku dalam bahasa inggeris. sangat tidak tersusun. tetapi manusia mudah belajar. perdana menteri akhirnya menjadi seorang yang boleh dijadikan idola mengikut konteks gaya percakapannya.

setakat ini, aku belum pernah terjumpa mana-mana pemimpin dari kalangan pelajar yang mampu berucap seperti perdana menteri. atau sekurang-kurangnya 50% dari gaya perdana menteri. gaya pelajar terbabit tidak ubah seperti berucap berpandukan skrip. kau perlu belajar lagi untuk menjadi pemimpin yang sebenar. tetapi apa guna pemimpin yang hanya tahu berucap tetapi gagal dalam melaksanakan tugas? tugas membantu orang lain dan tugas untuk diri sendiri. antara aspek yang perlu kau ada untuk menjadi pemimpin.

ya. tugas untuk diri sendiri. bukan tugas untuk kepentingan diri. ia adalah tugasan tentang pengurusan diri. ada pemimpin pelajar yang cemerlang dalam membuat tugasan untuk orang lain tetapi gagal dalam pengurusan diri. jika dikatakan pelajar, sudah tentu orang akan berfikir bahawa pelajar-belajar. tidak kisah apa yang pelajar itu belajar. ada pemimpin pelajar yang terlalu menumpukan tugasan sebagai pemimpin yang tidak pasti lagi sama ada ia berhasil atau tidak demi kebajikan pelajar yang sering diucapkan ketika kempen pemilihan perwakilan pelajar sehingga pengurusan diri terabai.

bukankah penampilan diri itu salah satu perkara utama yang akan dinilai orang? apakah tanggapan pertama kau jika lihat seorang yang berpakaian lusuh+koyak rabak ingin bertanding untuk jawatan pemimpin? kita lihat pula dari sudut lain. bagaimana reaksi masyarakat apabila seseorang pemimpin gagal menjaga anak mereka sehinga menjadi seorang penagih dadah?

aku tidak suka jika ada pemimpin dari kalangan pelajar sibuk-sibuk mahu bertanding jawatan perwakilan pelajar jika sebarang tugasan sebagai seorang pelajar yang diberikan gagal dilaksanakan dengan sempurna dengan alasan banyak kerja kepimpinan yang perlu dilakukan. kau perlu tahu sebelum bertanding dalam perwakilan pelajar sudah semestinya kau kurang berkesempatan untuk melakukan kerja-kerja seorang pelajar. datang ke kelas hanya tahu meminjam tugasan pelajar lain. sedangkan pelajar yang melakukan tugasan itu bermati-matian menyiapkannya. apabila markah peperiksaan kau jatuh gila babi kau merungut. apa kes?

aku bukan mahu menghalang pelajar untuk menjadi pemimpin. tetapi alang-alang mahu jadi pemimpin biar jadi seperti perdana menteri najib tun razak. cemerlang peribadi dan tugasan memimpin. sebelum rakan-rakan aku di sini mahu menawarkan untuk menjadi calon perwakilan pelajar aku akan beri nasihat terlebih dahulu. bukan nasihat bagi menakutkan atau menjatuhkan semangat mereka untuk bertanding tetapi nasihat tentang tanggungjawab utama seorang pelajar. bertanding boleh tetapi jangan lupa pelajaran. jangan jadi pelajar yang menang bertanding perwakilan pelajar dan dilantik menjadi presiden perwakilan pelajar tetapi terpaksa repeat subjek. atau repeat semester kerana subjek yang dia repeat.

kalau kau free sila ke laman web ini

http://www.1malaysia.com.my

perdana menteri malaysia ke 6??

perdana menteri malaysia ke 6??

Comment Pages

There are 6 Comments to "bab 10: saya ada perdana menteri yang baru"

  • Kreuger says:

    oh jadinye hang la yang pakai link ni hari tuh…???
    kekeke.. hampagas sungguh.

    erm.. kat skolah? berucap? mase dulu aku pernah berebut jawatan ketua pengawas dengan budak form six. Aku menang tapi disebabkan cikgu aku nak kaver malu budak form six tuh.. depa lantik die jadi ketua pengawas.. aku sebagai assisten die.. macam gampang kan? padahal aku punye speech lagi best.. haha *mati la perasan…

    tapi ni series weh.. kami kene masuk vote untuk diri sendiri berkempen kat skolah.. mase tuh aku tingkatan 5. yeayy memang aku gile kuase.. bile dah jadi ketua pengawas.. mesti awek banyakk… hahaha… rate rate yang undi aku pon adelah majoriti awek awek skolah dan pengawas perempuan yang sememangnya ternnyata perempuan adalah lebih ramai daripada lelaki kat skolah aku tuh…

    nak kate hensem tuh tadek ar.. erk.. well.. tapi i macho ma~ keh keh keh.. ok dah la tuh merapu kat sini.. kekeke.. nko jadi ape kat skolah?

    • stereotaip says:

      Kreuger
      kalau kt sekolah aku jawatan ketua pengawas secara atumotiknya dipegang oleh pelajar form6..
      walaupun sekolah tu baru ambil pengambilan pelajar form6..
      dan ketua pengawas si form6 yang pernah menjadi ketua pengawas semasa di form5 sekali lagi dilantik jadi ketua pengawas..
      hohoh….

  • nazz says:

    Aku suka pemimpin yang bercakap seiring dengan perbuatannya.. bukan berucap aje sedap tapi bab tindakan.. lembab.. hu hu hu

    • stereotaip says:

      siapa yang tak mahu pemimpin tak buat apa yang dikatakannya?
      lembab bukan bermaksud lambat buat kerja…
      tapi prinsip birokrasi yang diamalkan…

  • topo says:

    hohoho panjang giler entry ni.. aku pon xpnah jumpa lg pemimpin pelajar yg mampu ckap meltup.. dan buat pon meletup2..ohoho

    • stereotaip says:

      cuba la sekali ko buat event yg ko rasa blom ada student buat lg kt msia ni…
      konfem masuk the star…
      haha!

Write a Comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

This site is protected by WP-CopyRightPro