23.May.2009 bab 15: tolong aku angkat mayat bumi ke tanah perkuburan

aku kembali semula. berhajat mahu menyambung penulisan sebelumnya. bagi yang tidak tahu perkembangan blog ini, sila rujuk penulisan aku sebelum ini.

seperti yang telah aku janjikan, aku akan memaparkan sambungan bagi gambar bersiri dan gambar di atas merupakan jawapan yang telah aku berikan. masih belum jelas? ok. ‘monumen’ yang dikelilingi air itu merupakan sebahagian daripada tinggalan sebuah jambatan. ya. jambatan. tidak perlu kau pelik mengapa boleh ada sebuah jambatan di tengah laut. kau tanya diri kau sendiri apakah yang telah kau semua lakukan terhadap bumi ini.

aku mahu merahsiakan lokasi dimanakah jambatan ini berada. kalau kau semua bijak pandai, rajin-rajinlah melancong di dalam negara. malaysia truly asia. berbalik semula ke tajuk asal. menurut penduduk sekitar, dahulunya kawasan sekeliling jambatan tersebut terdapat banyak pokok kelapa yang kini telah dinaiki air laut. jika air laut surut, kau boleh lihat bekas tinggalan sungai yang ditenggelami air laut.

aku tidak dapat memastikan pada tahun berapakah jambatan itu dibina. mungkin pada tahun 60-an. kau bayangkan bagaimana dalam tempoh kurang setengah abad air laut telah naik setinggi itu. sehingga kawasan yang dahulunya hidup subur dengan kelapa sawit kini ditenggelami air laut. sepatutnya dibawah jambatan tersebut wujud hidupan seperti ikan keli. bukannya ikan sembilang seperti apa yang berlaku sekarang dan masa depan.

motif sebenar aku siarkan gambar ini hanya mahu memberikan gambaran sebenar akibat dari perlakuan kau semua terhadap bumi ini. bumi sedang tenat. kau tahu atau tidak? ya. bukan semua yang berperlakuan zalim terhadap bumi ini. aku juga kadangkala rasa bersalah terhadap bumi ini. banyak melakukan kejahatan kepada bumi. kasihan bumi aku. kau tidak kasihankah?

suatu ketika dahulu ada dijalankan kempen selamatkan bumi. earth our orang panggil. kesedaran kepada umum betapa panasnya bumi ini. beberapa blog yang aku kunjung ketika kempen earth our menunjukkan mereka kurang setuju dengan tindakan itu. aku kurang pasti sama ada mereka kurang setuju dengan kaedah kempen yang mengajak penduduk bumi mematikan lampu selama 1 jam atau kurang setuju dengan kempen selamatkan bumi itu sendiri. kempen ini bagi sesetengah orang mungkin sudah basi. atau sudah ketinggalan zaman. tetapi kau tahu apakah fungsi kempen-kempen besar seperti ini? mahu mendapatkan kesedaran umum terhadap pemanasan global. dan sepatutnya kempen itu tidak terhenti selepas kempen itu berakhir.

aku ada meninggalkan komen dalam satu blog yang aku baca. antara isi komen aku, kempen tersebut merupakan langkah pertama untuk kita selamatkan bumi. aku tahu ada diantara kau semua tidak merasai kesan pemanasan global secara langsung. tetapi gambar yang aku berikan ini sudah cukup memadai untuk menginsafkan aku betapa bumi sedang tenat.

sebenarnya ada banyak lagi kesan yang telah berlaku akibat dari pemanasan bumi. dan kau boleh meminta bantuan Google. maklumat dihujung jari. sekarang aku tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan 50 tahun akan datang. mungkin rumah aku juga akan ditenggelami air sekiranya kau dan aku tidak mahu menghantar bumi ke klinik swasta. bumi perlukan bermacam-macam jenis ubat untuk menyembuhkan penyakitnya. dan ubat yang diperlukan bumi ada dalam diri kita semua.

kemaskini: (25052009)

semalam jam 11 malam aku ke pantai. air pasang. paras air ketika itu sangat mengejutkan aku. sekarang aku sudah boleh membayangkan apa yang bakal aku saksikan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Comment Pages

There are 9 Comments to "bab 15: tolong aku angkat mayat bumi ke tanah perkuburan"

Write a Comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

This site is protected by WP-CopyRightPro