17.Jan.2010 bab 40: situasi yang tidak dijangka mesti akan berlaku
apa kau rasa apabila tiada wang yang keluar dari mesin atm setelah kau melakukan transaksi dan transaksi tersebut berjaya? double-checked. wang kau susut dengan nilai yang baru sahaja kau keluarkan. diulangi. tiada wang yang keluar, transaksi berjaya, baki akaun berkurangan. dan pada waktu tersebut perkataan ‘close‘ sudah tertera pada pintu masuk bank. mungkin ia hari yang sangat celaka.
kadang-kadang dalam setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan kesabaran amat diperlukan bagi menyelamatkan situasi. tetapi aku sudah hadkan kesabaran yang ada dalam diri aku pada tahap tertentu. tidak semua perkara aku hanya perlu bersabar, bersabar dan bersabar.
tidak akan ada lebih dari 1 hero dalam sesebuah cerita. atau percanggahan akan berlaku. pergaduhan mula tercetus. hero pertama beri arahan A manakala hero kedua beri arahan C dan hero ketujuh beri arahan M. arahan apa yang akan kau ikut?
what goes around comes around. bermaksud apa yang berlaku disekeliling kau pasti akan memberikan kesan terhadap diri sendiri secara langsung atau tidak. aku suka baca keluhan orang ramai tentang masalah yang mereka hadapi. aku cuba fikir, apa punca sebenarnya yang menyebabkan sesuatu perkara itu berlaku. kebanyakannya datang dari tindakan si pengadu.
buang sampah bersepah-sepah, kemudian mengadu bau busuk kepada televisyen swasta tempatan. atau setidak-tidaknya menulis surat kepada akhbar. biar semua orang tahu penderitaan yang dialami. biar semua orang ambil simpati. ada alternatif yang boleh dilakukan selain mengadu kepada orang lain. buat pakatan sama-sama gotong-royong bersihkan kawasan sekitar atau sama-sama buat peringatan kepada setiap penduduk supaya tidak buang sampah yang busuk-busuk bersepah-sepah. mencegah itu lebih elok dari mengubati. mulut banyak cakap tapi tangan tidak bergerak.
“sampah, sampah… sila ke tong sampah ye.. “
p/s: gambar ikhsan dari sini.
p/s/s: translate bahasa malaysia – inggeris ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi‘ menjadi ‘an apple doesn’t fall far from its tree‘.
p/s/s/s: tamat!