27.Jan.2010 bab 41: undi
esok (Khamis, 28 Januari) hari membuang undi bagi seluruh warga UTM. dan aku mula rajin online. melihat strategi peperangan yang dibuat oleh kedua belah parti. juga termasuk calon umum.
macam-macam kes yang aku dengar dan baca. dari kes tuduh menuduh melalui flyer, hingga kes motorsikal disimbah cat. politik boleh membawa keganasankah? tidak mengapa. janji boleh menang.
buka ruang perbincangan di Facebook, lagi hebat. bayangkan sahaja situasi ketika pilihanraya umum memilih kerajaan Malaysia. barangkali ia lebih teruk dari itu.
aku ada update status “pemimpin pun tidur dalam kelas. so….?“. dan aku mendapat respon dari pemimpin itu sendiri. cukup bagus kalau dia sudah sedar.
aku mahu undi siapa? undi adalah rahsia. mungkin rahsia.
p/s: aku suka waktu kempen pilihanraya kampus. boleh dapat banyak gula-gula percuma!