04.Feb.2010 bab 42: hipokrit atau jujur?

semua orang mesti hipokrit. tidak kira untuk kebaikan sendiri atau orang lain. benarkah hipokrit itu boleh mendatangkan kebaikan? atau keburukan? atau kedua-duanya?

sokongan majoriti tidak boleh diaplikasikan untuk semua perkara. aku contohkan disini. tahun baru lunar akan menjelma. situasi di dalam kelas yang minoriti adalah mereka yang menyambut perayaan tersebut. manakala majoriti pula yang sebaliknya. pihak majoriti mahu cuti dikurangkan. pihak minoriti pula mahu ditambahkan cuti kepada beberapa hari lagi. siapa yang mahu mengalah? majoriti atau minoriti? apa pendapat pihak majoriti jika keputusan berpihak kepada mereka? dan apa pula pendapat pihak minoriti jika keputusan berpihak kepada mereka?

banyak perkara yang berlaku disekeliling aku dalam tempoh seminggu. mahu untuk dikongsi bersama. tetapi setiap perlakuan ada sempadannya. aku tidak mahu menyalahgunakan kebebasan media. situasi sekarang sangat tegang. lebih-lebih lagi kes rumah ibadat yang sengaja dibakar puak pelampau dan kemangkatan sultan johor baru-baru ini serta pendakwaan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap pembantunya.  jadi aku mengambil keputusan untuk senyap.

aku ada baca cerita ini. tentang peluang kedua. tidak semua orang dapat merasai peluang kedua. bagaimana tiba-tiba kau tidak memperoleh peluang itu disaat kau belum bersedia? hal-hal dunia terpaksa kau tinggalkan sedangkan masih banyak lagi perkara yang masih dalam senarai list-to-do kau.

p/s: hospital mana yang ada jual ubat jadi rajin?

p/s/s: kalau kau berak pandai-pandailah basuh mangkuk tadahan tahi kau. jangan biar sisa berwana keemasan tertinggal di situ.

p/s/s/s: aku lupa link kredit untuk gambar di atas.

Comment Pages

There are 4 Comments to "bab 42: hipokrit atau jujur?"

Write a Comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

Pages

This site is protected by WP-CopyRightPro