06.Feb.2010 bab 44: edisi nyamuk
ads | fan Man Utd: match Chelsea – Arsenal esok sila pakai baju Man Utd sebagai tanda sokongan kepada kedua-dua pasukan yang akan bertemu.
program semburan fogging. alasannya mahu membunuh nyamuk terutamanya yang spesies denggi. pegawai kesihatan meminta semua penghuni keluar berkumpul di luar bangunan.
nyamuk sekarang sudah pandai. sembur dalam dia lari keluar. sembur luar dia lari masuk dalam.
kasihan pegawai kesihatan yang bertugas. kerja waktu senja. jam 2030 baru habis.
kalau kau rajin ambil masa 10 minit daripada masa kau 24 jam setiap hari untuk hapuskan tempat pembiakan nyamuk. tidak kira spesies nyamuk. buang sebarang takungan air yang tidak digunakan. atau juga menggunakan ubat pembunuh jentik-jentik.
aktiviti fogging bagi aku kurang berkesan. ia sekadar membunuh nyamuk dewasa. bukan jentik-jentik. mati si nyamuk dewasa, si jentik-jentik pula meneruskan legasi pembawa denggi. nyamuk besar mati meninggalkan harapan kepada jejentik.
p/s: mencegah lebih baik dari mengubati.
