17.Feb.2010 bab 47: walau apa cara sekalipun tidak akan dapat jumlahkan nilai sesuatu bangsa

maaf. tajuk f**k punya panjang.

tapi tajuk ini sudah beri satu isi penting. dan isi seterusnya…

kebelakangan ini aku sangat sibuk. internet yang sudah terhidang depan mata pun gagal untuk dicapai. sangat sibuk dengan urusan dunia.

banyak perkara yang berlaku dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini. dari kes bayi dibakar sehingga macam-macam kes yang tidak munasabah berlaku di malaysia.

zaman sekarang macam tahun 2010. banyak masalah boleh diselesaikan hanya dengan menggunakan wang. wang boleh buat apa sahaja tetapi tidak dapat membantu meningkatkan nilai-nilai murni. itu pasti.

kalau mahu buat majlis kahwin hanya upah kedai-kedai yang menawarkan servis katering. betul. kurang penat. mudah. lancar. tetapi kaedah ini tidak mampu untuk memupuk semangat perpaduan di kawasan kejiranan. perkara ini pernah aku alami baru-baru ini.

di tempat majlis dijalankan aku dapati sifat tolong-menolong itu kurang. ada juga beberapa manusia baik hati ringan tulang membantu melancarkan majlis. aku tidak kisah pun kalau kerja aku sangat banyak. aku tidak kisah kalau aku mati sebab terlebih buat kerja. tetapi aku kisah kalau ada lagi manusia di malaysia masih ada sikap berpeluk tubuh.

kalau perkara seperti ini berterusan, aku sudah boleh membayangkan malapetaka yang akan berlaku 100 tahun dari sekarang. ya. aku sebut malapetaka. sesuatu yang sangat dahsyat.

tamat bahagian 1.

setiap hari aku tonton buletin utama tv3. kononnya mahu update segala pengetahuan. tetapi kebelakangan ini banyak pula kisah-kisah politik. dan aku rasa berita yang disiarkan perlu ditukar labelnya daripada U kepada 18 PA. sedikit info tentang television content rating system di malaysia:

  • U – Sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat dan umur
  • PG-13 – Pengawasan penjaga untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun (diperkenalkan pada 2009)
  • 18-SG – Untuk tontonan 18 tahun ke atas tanpa adegan ganas melampau
  • 18-SX – Untuk tontonan 18 tahun ke atas tanpa adegan seks melampau
  • 18-PA – Untuk tontonan 18 tahun ke atas dengan elemen politik/agama/budaya
  • 18-PL – Untuk tontonan 18 tahun ke atas dengan gabungan 2 atau lebih elemen (contoh: Program yang mempunyai adegan seks dan ganas yang melampau)

budak sekolah sudah tidak boleh menonton berita. baca newspaper juga lebih kurang sama. sudah dilabel 18PA. kesudahannya mereka baca buku dongeng melayu ‘Pak Kaduk’ sampai jadi bodoh macam Pak Kaduk juga. Atau baca ‘Mat Jenin’ yang suka berangan sampai mereka jadi kuat berangan, hasil pun tidak nampak.

semua orang bising kalau suhu di malaysia mencecah purata 36 darjah Celcius maksimum. itu sudah cukup panas untuk keringkan 1 empangan takungan air. tapi kau tidak mahu bising bila ada ‘sampah’ yang celaka mahu panaskan bumi dengan rakusnya. mari sama-sama kita kurangkan suhu bumi. kempen ‘Earth Hour‘ sudah kembali. rujuk sini atau sini atau sini atau sini untuk maklumat lanjut. alat kawalan suhu ada dalam otak kita. terpulang pada kau mahu picit ‘up‘ untuk panaskan atau ‘down‘ untuk sejukkan pada controller tersebut.

p/s: rasuah semakin menjadi-jadi. kau rasa kalau bodek lecturer belanja makan lecturer suruh lecturer bagi A dalam subjek boleh dianggap rasuah tak?

Comment Pages

There are 6 Comments to "bab 47: walau apa cara sekalipun tidak akan dapat jumlahkan nilai sesuatu bangsa"

Write a Comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

Pages

This site is protected by WP-CopyRightPro