30.May.2010 bab 52: evolusi pemikiran manusia

menjadi seorang engineer pelatih agak kurang mencabar buat masa ini. tapi aku masih belajar untuk menjadi engineer. kononnya.

sepanjang tempoh pembelajaran ini, setiap hari aku didedahkan dengan teknologi-teknologi masa hadapan. teknologi yang dahulunya tidak relevan untuk diwujudkan.

manusia pula semakin hari semakin berevolusi. semakin bijak. semakin pandai.

tahun 1930-an generasi pertama televisyen hanya mampu mengeluarkan warna hitam dan putih sahaja. tempoh kurang dari satu abad manusia sudah mampu mencipta televisyen yang dianggap pencapaian terbaik manusia buat masa ini.

sekarang aku sangat teruja dengan teknologi televisyen yang dihasilkan oleh Samsung, syarikat gergasi telekomunikasi. juga syarikat yang menaja pasukan Chelsea.

Samsung LED 3D TV. TV terbaik yang dihasilkan setakat ini.

sebelum tahun 2020, akan ada teknologi baru yang bakal dikeluarkan. prototaip bagi teknologi tersebut mungkin telah berjaya dihasilkan. kita tunggu sahaja.

sekian.

Comment Pages

There are 6 Comments to "bab 52: evolusi pemikiran manusia"

Write a Comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.

This site is protected by WP-CopyRightPro