13.Jun.2010 bab 55: kerja kerja kerja
sumpah aku tak tahu tajuk paling sesuai.
aku belum sedia mahu buat post serius. macam dia juga. isu banyak tapi malas.
sepanjang 7 minggu aku berpraktikal di firma yang pernah menaja pasukan bola sepak Man U, aku sudah belajar banyak perkara dari aspek pengurusan. bukan aspek teknikal. dan aku sudah belajar bagaimana mahu menjadi manager yang disukai anak buah.
sentiasa senyum dan mampu melakukan pelbagai jenis kerja yang ada serta elakkan dari perasaan marah.
itu cuma melalui pemerhatian aku sahaja.
dan aku cuba lihat, faham, dan praktikkan.