25.Aug.2010 bab 63: sempena kemerdekaan
31 ogos 2010. tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita sebagai rakyat malaysia menyambut hari kemerdekaan malaysia yang ke 53.
jangan sesekali kau bakar bendera malaysia. jangan sesekali kau baling najis ke bendera malaysia. jangan sesekali kau pijak bendera malaysia. jangan sesekali kau malu untuk kibarkan bendera malaysia.
bendera malaysia bukan sekadar gambar berjalur 14, berbulan dan bintang serta punya warna merah, putih, kuning dan biru. bendera malaysia adalah maruah kita sebagai warga malaysia.
selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53. 1 malaysia menjana transformasi.