18.Apr.2009 bab 9: jangan dicampur masalah peribadi dan matematik atau…
kau tahu apa itu paradoks? jujur aku katakan bahawa aku tidak mengetahui langsung tentang istilah paradoks. pernah mendengarnya tetapi tidak mengetahui maksud perkataan ini. mungkin agak sukar untuk difahami pengertian paradoks. untuk memahami istilah ini sahaja aku perlu memahami susunan ayat yang agak sukar untuk difahami. contohnya “aku tipu kau tetapi aku tidak pernah berbohong”.
menurut pemahaman aku setakat ini, paradoks adalah pernyataan yang membawa kepada bantahan atau situasi yang menentang kata hati. gambar di bawah merupakan contoh apabila berlakunya paradoks.
mungkin ini jawapan bagi mereka yang ingin mengetahui mengapa 5 = 4
sekadar sampingan. penggunaan celcom broadband aku sudah melebihi had 5GB sebulan yang ditetapkan pihak Celcom. apakah ini? kau tidak menerangkan tentang polisi ini dalam surat perjanjian antara kau dan aku. siapa agaknya engineer yang bekerja disebalik mesin pengawal speed celcom broadband itu ya? boleh kita berkawan?