13.Jun.2010 bab 55: kerja kerja kerja

sumpah aku tak tahu tajuk paling sesuai.

aku belum sedia mahu buat post serius. macam dia juga. isu banyak tapi malas.

sepanjang 7 minggu aku berpraktikal di firma yang pernah menaja pasukan bola sepak Man U, aku sudah belajar banyak perkara dari aspek pengurusan. bukan aspek teknikal. dan aku sudah belajar bagaimana mahu menjadi manager yang disukai anak buah.

sentiasa senyum dan mampu melakukan pelbagai jenis kerja yang ada serta elakkan dari perasaan marah.

itu cuma melalui pemerhatian aku sahaja.

dan aku cuba lihat, faham, dan praktikkan.

06.Jun.2010 bab 54: langkah mencegah pembuangan bayi

sempena Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yang akan bermula pada 11 Jun 2010 nanti, penjudi-penjudi di seluruh dunia dan seluruh Malaysia khususnya sudah menyediakan wang pertaruhan yang secukupnya untuk tujuan pertaruhan.

ada yang sudah dari awal meminta lesen menghalalkan judi bagi mengaut keuntungan. dan menurut si kaya pemilik Cardiff City, Vincent Tan pula dengan cara memberikan lesen perjudian mampu mengurangkan jenayah judi haram yang dibiayai secara kredit.

dan mungkin bagi mengurangkan jenayah buang bayi, amalan seks bebas patut diberikan lesen di Malaysia barangkali. selepas ini ramai anak muda buat projek depan orang ramai kerana mereka telah mendapat lesen untuk berbuat demikian.

langkah terbaik yang difikirkan sesetengah manusia berpengaruh di Malaysia.

Logo Rasmi Piala Dunia Afrika Selatan 2010

02.Jun.2010 bab 53: buang

30.May.2010 bab 52: evolusi pemikiran manusia

menjadi seorang engineer pelatih agak kurang mencabar buat masa ini. tapi aku masih belajar untuk menjadi engineer. kononnya.

sepanjang tempoh pembelajaran ini, setiap hari aku didedahkan dengan teknologi-teknologi masa hadapan. teknologi yang dahulunya tidak relevan untuk diwujudkan.

manusia pula semakin hari semakin berevolusi. semakin bijak. semakin pandai.

tahun 1930-an generasi pertama televisyen hanya mampu mengeluarkan warna hitam dan putih sahaja. tempoh kurang dari satu abad manusia sudah mampu mencipta televisyen yang dianggap pencapaian terbaik manusia buat masa ini.

sekarang aku sangat teruja dengan teknologi televisyen yang dihasilkan oleh Samsung, syarikat gergasi telekomunikasi. juga syarikat yang menaja pasukan Chelsea.

Samsung LED 3D TV. TV terbaik yang dihasilkan setakat ini.

sebelum tahun 2020, akan ada teknologi baru yang bakal dikeluarkan. prototaip bagi teknologi tersebut mungkin telah berjaya dihasilkan. kita tunggu sahaja.

sekian.

Pages

This site is protected by WP-CopyRightPro