14.Aug.2010 bab 62: mesej merdeka

mereka mahu menyampaikan mesej kemerdekaan tetapi mengiklannya di tempat yang salah.

selamat ulangtahun hari kemerdekaan ke 53 untuk malaysia.

imej: Ted Adnan

03.Aug.2010 bab 61: tajuk

Tajuk: Autonomous Biped Humanoid Robot with Wireless Camera
Tempoh: 21 Julai 2010 – 3 Mei 2011
Anggaran Kos: RM 1700

p/s: Imej – sumber

27.Jul.2010 bab 60: penipu pun ditipu

lebih kurang 10 tahun lampau ada sejenis permainan di kedai. pembeli beli barang dapat pelekat. match-kan pelekat pada kertas yang disediakan. jika cukup kesemua slot untuk pelekat telah diisi dengan sempurna maka pembeli boleh menuntut hadiah di kedai yang terlibat. hadiah boleh dianggarkan lebih myr100 pada tahun tersebut.

aku juga tidak terkecuali. tapi aku ikut cara terbaik untuk menang. aku kutip kotak yang sudah dibuang di dalam tong sampah yang digunakan untuk membungkus pelekat tersebut, gunting gambar yang ada pada kotak itu dan tampal pada slot yang disediakan.

esok aku tunjukkan bahawa aku berjaya memenuhkan setiap slot yang ada. ya. dengan disaksikan teman-teman seperjuangan, manusia di kedai tersebut percaya aku menang. serta-merta dia minta aku pilih hadiah yang aku mahu. dan aku pilih yang termahal untuk waktu itu.

hari berikutnya aku ke kedai yang sama. bukan tujuan untuk menipu tetapi untuk membeli-belah kononnya. tetapi helah aku telah diketahui. dia meminta aku untuk pulangkan semula hadiah yang telah diberikan. dan sejak hari itu aku tidak pernah menjejakkan kaki lagi ke kedai tersebut sehingga sekarang. pergi mampus.

aku yakin permainan seperti ini hanya satu penipuan untuk mendapatkan keuntungan. tidak akan ada yang dapat mengumpul kesemuanya sekali walaupun kau beli dengan kuantiti yang banyak. kebarangkalian untuk penuh adalah sifar. jadi sebelum mereka tipu aku lebih elok aku jahanamkan mereka dahulu.

21.Jul.2010 bab 59: perkara nombor satu serta malaysia

lokasi: pekan rabu (pejabat imigresen johor bahru)

situasi: sepasang warga india bergelak ketawa menonton filem 3 abdul lakonan tan sri p ramlee.

komen: siapa kata filem p ramlee tidak ditonton oleh kaum lain? aku ada bukti.

minggu lepas, minggu ini, minggu depan, minggu seterusnya, bulan ini, bulan depan dan tahun ini aku sudah menjadi pelajar tahun akhir. dan mungkin selepas ini aku akan update segala maklumat tentang kerja wajib aku sebagai pelajar tahun akhir.

ramai orang menghabiskan banyak masa mereka bersama internet. aku rasa lebih separuh dari masa mereka melayari internet dihabiskan dengan menyaksikan perkataan Page Not Found dan aktiviti klik pada ikon Refresh pada browser.

This site is protected by WP-CopyRightPro